PM hadir Majlis Santapan Negeri

ARAU: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hadir ke Majlis Santapan Negeri di Istana Arau sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail Ke-75 di sini, malam ini.

Dr Mahathir yang diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, tiba di perkarangan Istana Arau pada jam 8.40 malam, sebelum diperkenan menghadap Tuanku Syed Sirajuddin serta Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.
Pertemuan tertutup hampir setengah jam itu turut disertai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Semua penerima-penerima darjah serta pingat kebesaran sempena sambutan Hari Keputeraan Raja Perlis Ke-75 turut menghadiri majlis berkenaan.
Sumber : bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==