Tercirit najib jawab isu cincin dan 1mdb

Tercirit najib jawab isu cincin dan 1mdb


Isu 1MDB-

Isu yang hangat diperkatakan ini, sebelum ini, telah membuat seluruh rakyat malaysia tergamam, mana taknya.Laporan audit 1mdb mendedahkan angka angka yang tidak masuk akal. Gila. Lebih parah, kebanyakan laporan audit ini menyamai dengan tuduhan dari Peguam Negara Amerika (DoJ) sejak 2016 dan 2017 lagi.

Tidak menghairankanlah kini seluruh negara mengecam mantan PM kita, DS najib dan menyokong sepenuhnya semua dakwaan dan siasatan polis keatas beliau. Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggeledah kesemua premis kediaman beliau dan merampas banyak harta yang ada kaitan dengan 1mdb.

Namun demikian dalam menilai kes ini, rakyat malaysia perly tahu bahawa najib sebenarnya seorang kleptokrat yang turut telah terperangkap oleh satu kuasa dunia yang bukan calang calang negara, iaitu China. 

Benar, Najib masih perlu dibicara dan dibuktikan sebagai seorang Kleptokrat – iaitu seorang pemimpin yang merompak harta negara dan menjadikannya sebagai harta peribadi – namun beliau tidak keseorangan dan beliau bukanlah perancang utama kesemua transaksi 1MDB yang melarikan wang rakyat Malaysia ke seluruh dunia. Individu yang bertanggungjawab ialah Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.

Sifat tamak berkemungkinan besar telah mendorong najib untuk melakukan hal ni.Namun yang lebih dasyat lagi, akibat jenayah ini berrantaian daripada kleptokrasi najib yang mengundang tekanan DoJ Amerika dan seterusnya ‘penggadaian’ sebegitu banyak kepentingan negara ke tangan China.

Lihat lah, berapa banyak negara rugi rakyat rugi dari apa yang najib telah buat.

Sumber : dharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==